Kedai Sehenti Kelengkapan Keluarga
Sejak tahun 2000, Ihram Trading dibangunkan dengan satu tujuan yang jelas - memudahkan persiapan umat Islam untuk menunaikan Haji dan Umrah dengan menyediakan segala keperluan perjalanan dalam satu tempat. Kami memahami bahawa persiapan menuju ke Tanah Suci bukan sekadar tentang perjalanan tetapi ia tentang memastikan setiap keperluan tersedia dan tidak ada yang tertinggal.
Daripada kelengkapan ibadah sehinggalah pakaian dan barangan harian. Setiap perkara kecil memainkan peranan dalam menjadikan perjalanan lebih selesa dan tenang.
Daripada sinilah lahirnya Ihram Trading — sebuah destinasi yang menghimpunkan pelbagai keperluan Haji, Umrah serta barangan Muslim dan Muslimah di bawah satu bumbung.
VISI
Menjadi pilihan utama seisi keluarga dalam mendapatkan kelengkapan ibadah yang praktikal serta pakaian berkualiti premium, semuanya di bawah satu bumbung.
Kami komited untuk terus melakukan penambahbaikan dan inovasi secara berterusan bagi memenuhi, malah melebihi jangkaan pelanggan dalam setiap produk yang kami hasilkan.
MISI
- Menyediakan pilihan yang berkualiti dalam kelengkapan ibadah dan pakaian harian untuk memenuhi keperluan seisi keluarga.
- Membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan melalui produk yang berkualiti tinggi, selesa dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
- Mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggan melalui layanan mesra, penerangan yang baik serta pengalaman membeli-belah yang mudah dan menyenangkan.